BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tidak Berubah Atau Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tidak berubah atau lebih rendah hari ini di tengah-tengah prestasi negatif di pasaran tunai.

Kontrak Februari 2025 dan Mac 2025 tidak berubah masing-masing pada 1,583.5 dan 1,563.0 manakala Jun 2025 turun 2.0 mata kepada 1,567.0 dan September 2025 menyusut setengah mata kepada  1,556.5.

Jumlah dagangan meningkat kepada 6,004 lot daripada 4,749 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka naik kepada 40,544 kontrak daripada 40,220 kontrak.

Pada 5 petang, FBM KLCI susut 3.96 mata atau 0.25 peratus kepada 1,580.88 daripada paras penutup 1,584.84 pada Selasa.

-- BERNAMA