BERITA TERKINI   Penularan penyakit Tibi libatkan murid sekolah di Kota Tinggi terkawal, tiada arahan penutupan sekolah setakat ini - Exco Pendidikan Johor | Enam murid sekolah di Kota Tinggi disahkan menghidap Tuberkulosis (Tibi) hasil saringan kontak rapat. - Exco Pendidikan Johor | Kerajaan galak pemilik EV memasang pengecas di kediaman kerana kos pengecasan jauh lebih murah - Johari | Pembangunan infrastruktur pengecas EV menghadapi cabaran kos pemasangan yang tinggi sehingga RM210,000 terutama pengecas DC - Johari | Sebanyak 5,624 pengecas awam EV dipasang hingga 31 Dis, 2025, mencapai 56 peratus daripada sasaran keseluruhan - Johari | 

Hong Leong Asset Umum Agihan Pendapatan RM241 Juta Bagi 7 Dana

KUALA LUMPUR, 18 Feb (Bernama) -- Hong Leong Asset Management Bhd (HLAM) mengisytiharkan pengagihan pendapatan bernilai RM241 juta bagi tujuh dana bagi tempoh 1 Jan hingga 31 Dis, 2024.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Chue Kwok Yan dalam satu kenyataan hari ini berkata walaupun lanskap ekonomi global amat mencabar dan keadaan pasaran yang tidak menentu, HLAM kekal komited bagi menyampaikan hasil agihan yang mampan kepada pelaburnya.

Bagi dana runcit konvensional, Hong Leong Value Fund merekodkan hasil pengagihan 8.55 peratus, Hong Leong Dividend Fund (7.10 peratus), Hong Leong Growth Fund (7.55 peratus), Hong Leong SEA-5 Equity Class A Fund (6.51 peratus) dan Hong Leong Balanced Fund (5.29 peratus).

Sementara, dana runcit Islam, Hong Leong Dana Makmur mencatatkan pengagihan hasil 5.10 peratus dan Hong Leong Dana Maa’rof pula mencatatkan 4.29 peratus.

Pada 2025, Chue berkata strategi pemasaran HLAM kekal fokus kepada perspektif jangka panjang.

“Kami akan terus mengutamakan syarikat yang mempunyai asas yang kukuh dan potensi pertumbuhan sambil memberi fokus untuk memberikan pulangan yang mampan kepada pelabur kami,” katanya.

-- BERNAMA