BERITA TERKINI   Kerajaan akan meneliti kemasukan kenderaan elektrik (EV) import sepenuhnya (CBU) ke Malaysia bagi melindungi ekosistem automotif negara - Johari | Menara Merdeka 118 dilancarkan secara rasmi sebagai MD Nexus pertama di Malaysia - Gobind | Kementerian Digital fokus pada enam bidang berimpak untuk percepat transformasi digital pada separuh pertama 2026 - Gobind | Nilai ringgit kukuh kepada paras terbaik hampir 8 tahun pada RM3.92 berbanding dolar AS setakat 28 Jan 2026, kekal antara mata wang terbaik di Asia - Amir Hamzah | Pertumbuhan 2025 dianggarkan 4.9 peratus, perdagangan melebihi 6 peratus dan capai rekod tertinggi RM3 trilion - Amir Hamzah | 

MNRB Lantik Sulaiman Mohd Tahir Sebagai Pengerusi Baharu

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- MNRB Holdings Bhd (MNRB) melantik bekas Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Group Datuk Sulaiman Mohd Tahir sebagai Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif berkuat kuasa hari ini.

Sulaiman juga akan akan memegang jawatan Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Malaysian Reinsurance Bhd (Malaysian Re) juga berkuat kuasa hari ini.

Beliau menggantikan Datuk Johar Che Mat yang meletak jawatan sebagai Pengerusi MNRB dan Malaysian Re pada 12 Feb, 2025.

MNRB berkata Sulaiman membawa kepakaran yang meluas ke dalam peranan baharunya selepas berkecimpung selama lebih 30 tahun dalam sektor kewangan Malaysia.

“Latar belakang beliau yang luas dalam bidang perbankan dan kewangan, bersama komitmennya terhadap kecemerlangan, akan memberi sumbangan besar kepada pertumbuhan dan pembangunan berterusan MNRB,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Sulaiman sebelum ini memegang beberapa jawatan kepimpinan yang terkenal, termasuk Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Bhd.

MNRB turut merakamkan penghargaan kepada Johar atas perkhidmatan yang berdedikasi dan sumbangan yang tidak ternilai kepada MNRB dan Malaysian Re.

“Beliau akan terus berkongsi kepakaran dan pandangannya dalam kumpulan sebagai Pengerusi anak-anak syarikat kumpulan, Takaful Ikhlas Family dan Takaful Ikhlas General,” kata MNRB.

-- BERNAMA