BERITA TERKINI   Tiada tolak ansur terhadap sebarang bentuk penyelewengan dana masjid, surau - Sultan Selangor | Sultan Selangor titah masjid dan surau hendaklah bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh politik kepartian | ISF Group Bhd mula didagangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 50 sen, premium 17 sen daripada harga IPO 33 sen, dengan 50.14 juta saham bertukar tangan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal dagangan Jumaat.

Pada 9.24 pagi ini, Februari 2025 jatuh 5.0 mata kepada 1,594.0, Mac 2025 susut 3.5 mata kepada 1,575.0, Jun 2025 merosot 2.5 mata kepada 1,580.5, manakala September 2025 tidak berubah pada1,570.5.

Jumlah dagangan sebanyak 1,106 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,959 kontrak.

Bagaimanapun, indeks petunjuk utama FBM KLCI melonjak 1.51 mata kepada 1,539.79 selepas 24 minit dagangan dijalankan pada pagi ini.  

-- BERNAMA