BERITA TERKINI   Ketika Parlimen bersedia untuk mempertimbangkan Rang Undang-Undang Perubahan Iklim Negara, peralihan itu akan teratur, berasaskan bukti dan berpaksikan kepentingan negara - PM Anwar | Pengukuhan ringgit mencerminkan keyakinan terhadap institusi, hala tuju dasar dan kepercayaan bahawa negara ditadbir dengan disiplin dan matlamat yang jelas - PM Anwar | Keyakinan pelaburan kembali meningkat selepas Malaysia berada pada kedudukan lebih kukuh, dengan KDNK dijangka berkembang dan inflasi terkawal - PM Anwar | Keyakinan pelaburan kembali meningkat apabila Malaysia berada pada asas lebih kukuh, dengan KDNK di landasan untuk berkembang dan inflasi terkawal - PM Anwar | Malaysia akan terus berada pada trajektori pertumbuhan positif -- pertumbuhan berdaya tahan, inklusif dan ditadbir dengan integriti - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup kebanyakannya rendah hari ini.

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 susut 1.0 mata kepada 1,599.0, Mac 2025 turun 2.0 mata kepada 1,578.5 dan Jun 2025 berkurangan 1.5 mata kepada 1,583.0.

Bagaimanapun, kontrak September 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,570.5.  

Jumlah dagangan turun kepada 6,978 lot daripada 7,676 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 41,750 kontrak daripada 44,837 kontrak sebelumnya.  

Pada 5 petang, FBM KLCI turun 10.77 mata kepada 1,592.28 daripada paras 1,603.05 pada Rabu.

-- BERNAMA