BERITA TERKINI   PM Anwar umum peruntukan tambahan RM20 juta bagi pembaikan dan naik taraf SMJKC seluruh negara ikut keperluan | Pendidikan kekeluargaan perlu diperkasa sebagai asas pembinaan negara - PM Anwar | Dasar Kasih Keluarga Negara pastikan keluarga Malaysia terus kukuh, berdaya tahan hadapi cabaran masa depan - Nancy | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Februari 2025 meningkat 10 mata kepada 1,563.50, Mac 2025 naik 10.5 mata kepada 1,544.50, manakala Jun 2025 dan September 2025 menokok 9.0 mata setiap satu masing-masing kepada 1,550.50 dan 1,536.50.

Jumlah dagangan turun kepada 6,961 lot daripada 11,788 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 39,151 kontrak daripada 42,847 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat sebanyak 0.70 peratus atau 10.93 mata kepada 1,564.56, berbanding paras penutup 1,553.63 pada Isnin.  

-- BERNAMA