BERITA TERKINI   JKDM perlu terus perbaiki keupayaan dan integriti pastikan kedudukan negara kekal kukuh, capai kutipan hasil lebih memberangsangkan -- PM Anwar | 88,000 unit produk kesihatan disyaki mengandungi racun berjadual bernilai RM24 juta dirampas di Pulau Pinang - Pengarah Kesihatan Negeri | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.9668 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Ringgit cecah paras tertinggi baharu pada 3.96 berbanding dolar AS selepas sesi rehat tengah hari | Polis ambil keterangan beberapa pegawai tentera susulan penyebaran maklumat berkaitan perjawatan strategik ATM - Mohamed Khaled | 

Tiada Pembayaran Insentif Getah Untuk Pekebun Kecil Bagi Januari 2025 - LGM

KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) -- Insentif Pengeluaran Getah (IPG) tidak diaktifkan untuk pekebun kecil getah di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi Januari 2025, kata Lembaga Getah Malaysia (LGM).

Dalam kenyataannya hari ini, agensi itu berkata ini berikutan IPG berkenaan akan hanya diaktifkan jika harga purata bulanan peringkat ladang bagi getah sekerap mencecah paras RM3.00 sekilogram sekilogram ke bawah.

“Bagi Januari 2025, harga purata peringkat ladang bagi getah sekerap di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah masing-masing RM3.70, RM3.40 dan RM3.20 sekilogram.

“Oleh itu, tiada pembayaran IPG dilakukan bagi bulan itu,” katanya.

Selain itu, LGM berkata IPG lateks pula akan teraktif apabila IPG getah sekerap diaktifkan.

IPG lateks ditetapkan pada RM0.90 sekilogram bagi 100 peratus kandungan getah kering (KGK) dan akan dibayar kepada pekebun kecil getah warganegara Malaysia yang layak serta memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

-- BERNAMA