BERITA TERKINI   Krisis tenaga global: Pengguna meter pintar disaran beralih ke skim Time-of-Use tarif, jimat 5-10 peratus dengan kadar tarif rendah - Suruhanjaya Tenaga | Hampir 9.2 juta pengguna elektrik di Semenanjung Malaysia nikmati Insentif Cekap Tenaga berjumlah RM2.8 bilion sejak diperkenalkan - Suruhanjaya Tenaga | Krisis tenaga global: Pengguna domestik dengan kadar penggunaan bulanan 600 kWj ke bawah dikecualikan daripada pelarasan kos AFA - Suruhanjaya Tenaga | Krisis tenaga global : Kos penjanaan elektrik terkawal melalui kepelbagaian sumber tenaga, pelarasan Kos Bahan Api Secara Automatik (AFA) - Suruhanjaya Tenaga | MB Selangor wakili PM Anwar ketuai misi bantuan kemanusiaan Malaysia ke Gaza - Pejabat MB | 

Unit Datasonic Terima Lanjutan Kontrak Bekal Cip Pasport, Nilai Kontrak Tambahan RM104.78 Juta

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Datasonic Group Bhd, Datasonic Technologies Sdn Bhd (DTSB) menerima lanjutan kontrak selama 12 bulan daripada Kementerian Dalam Negeri untuk membekalkan cip pasport Malaysia kepada Jabatan Imigresen.

Syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini berkata lanjutan itu adalah bagi tempoh 1 Dis 2024 hingga 30 Nov 2025 dengan nilai kontrak tambahan RM104.78 juta.

Datasonic berkata ini adalah lanjutan kelima kontrak bekalan cip pasport yang pada mulanya diberikan pada 15 Dis 2015.

“Kontrak ini dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan pada masa akan datang dan aset bersih sesaham Datasonic Group bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac 2025 serta tahun kewangan selepas  itu sepanjang tempoh kontrak berkenaan,” katanya.

Sementara itu, Datasonic Group dalam kenyataan berasingan berkata kontrak berkenaan pada awalnya diberikan pada 15 Dis 2015 dengan tempoh lima tahun atau 12.5 juta cip pasport.

Menurutnya kontrak berkenaan mengukuhkan reputasinya sebagai penggiat utama dalam pasaran identiti keselamatan.

-- BERNAMA