BERITA TERKINI   PH kesal tindakan 14 ADUN UMNO / BN Negeri Sembilan, sifatkan tidak hayati semangat Kerajaan Perpaduan - Fahmi | Jawatankuasa Peringkat Tertinggi Biobahan Api ditubuhkan bagi menyelaraskan pelaksanaan agenda keselamatan tenaga negara - Akmal Nasrullah | Peranan GLC dan GLIC bukan sekadar pertahan pulangan pelaburan, malah bantu perkukuh daya tahan ekonomi - Akmal Nasrulllah | Kerajaan tumpu pada sektor elektrik, industri pembinaan, pasaran buruh dan penilaian ekonomi jangka sederhana dalam mesyuarat MTEN minggu ini - Akmal Nasrullah | Pasaran ekuiti tempatan berdaya tahan dengan meningkat 1.5 peratus pada Jumaat lepas, mencerminkan keyakinan pelabur terhadap asas ekonomi negara - Akmal Nasrullah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 28 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.21 pagi, Januari 2025 jatuh 4.0 mata kepada 1,548.5, Februari 2025 merosot 2.5 mata kepada 1,548.0, Mac 2025 susut 1.5 mata kepada 1,533.5 dan Jun 2025 menguncup 1.0 mata kepada 1,543.0.

Jumlah dagangan sebanyak 2,772 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 70,623 kontrak.

Pada 9.35 pagi, indeks petunjuk pasaran FBM KLCI merosot 3.71 mata kepada 1,569.71 daripada 1,573.73 pada Jumaat lepas.  

Selain itu, petunjuk utama FBM KLCI berkurangan 7.91 mata kepada 1,551.06 selepas 40 minit dagangan dijalankan berbanding 1,558.97 dicatatkan pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA