BERITA TERKINI   MOT kekal sasaran operasi ECRL bermula Januari 2027 - Loke | JPJ perlu beralih kepada pendekatan baharu dalam pelaksanaan sekatan jalan raya - Loke | Tiada tolak ansur terhadap sebarang bentuk penyelewengan dana masjid, surau - Sultan Selangor | Sultan Selangor titah masjid dan surau hendaklah bebas sepenuhnya daripada sebarang pengaruh politik kepartian | ISF Group Bhd mula didagangkan di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 50 sen, premium 17 sen daripada harga IPO 33 sen, dengan 50.14 juta saham bertukar tangan | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Kebanyakannya Berikutan Pengambilan Untung

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya ditutup rendah pada Khamis berikutan pengambilan keuntungan yang berterusan, kata peniaga.

Beliau berkata ini susulan kebimbangan mengenai permintaan lemah dalam beberapa minggu akan datang.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan mungkin lebih rendah disebabkan musim perayaan.

“Kami mendapati sokongan pada RM4,100 satu tan dan rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, bulan kontrak yang baru disenaraikan Februari 2025 meningkat RM4 kepada RM4,468 satu tan manakala Mac 2025 naik RM1 kepada RM4,320 satu tan.

April 2025 susut RM18 kepada RM4,190 satu tan, Mei 2025 turun RM38 kepada RM4,096 satu tan, Jun 2025 berkurangan RM51 kepada RM4,045 satu tan, dan Julai 2025 menguncup RM55 kepada RM4,025 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 82,557 lot daripada 59,237 lot semalam, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 222,061 kontrak daripada 220,165 kontrak.

Harga MSM fizikal bagi Februari Selatan menurun RM30 kepada RM4,570 satu tan, daripada RM4,600 satu tan semalam.

-- BERNAMA