BERITA TERKINI   KPM peruntuk RM100 juta naik taraf bilik guru, RM50 juta untuk selenggara kuaters - Fadhlina | Kursus Google Certificate Educator diteruskan secara percuma kepada semua guru, biasiswa Perguruan Persekutuan diperluaskan - Fadhlina | Agong, Raja Permaisuri Agong zahir penghargaan terhadap guru, tunjang penting bentuk generasi masa depan negara | Agong, Raja Permaisuri Agong zahir ucapan selamat Hari Guru kepada seluruh warga pendidik  | Guru pendidik unggul bentuk masa depan bangsa, penggerak kemajuan negara - TPM Fadillah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) bagi Bursa Malaysia Derivatives susut pada awal dagangan Khamis.

Pada jam 9.39 pagi ini, Januari 2025, Februari 2025 dan Mac 2025 turun 9.5 mata masing-masing kepada 1,572.0, 1,575.5 dan 1,557.5 manakala Jun 2025 merosot 6.0 mata kepada 1,569.0.

Jumlah dagangan sebanyak 1,689 lot dan kepentingan terbuka sebanyak 39,386 kontrak.

Penanda utama FBM KLCI berkurangan 7.84 mata kepada 1,579.96 selepas satu jam 20 minit dagangan dijalankan berbanding 1,587.80 dicatatkan pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA