BERITA TERKINI    ASEAN mahu proses dokumentasi keanggotaan Timor-Leste disiapkan sebelum Kemuncak ASEAN pada Oktober - Mohamad | Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | ASEAN mahu proses dokumentasi keanggotaan Timor-Leste disiapkan sebelum Kemuncak ASEAN pada Oktober - Mohamad | Kenaikan tarif kepada 25 peratus adalah keputusan Presiden AS Donald Trump bukan menerusi proses rundingan - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul |

Rizab Antarabangsa BNM Berjumlah US$115.5 Bilion Pada 15 Jan, 2025

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) -- Rizab Antarabangsa Malaysia berjumlah US$115.5 bilion setakat 15 Jan, 2025, berbanding US$116.2 bilion pada 31 Dis, 2024, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Bank pusat itu berkata paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.9 bulan import barangan dan perkhidmatan serta 1.0 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Komponen utama rizab itu merangkumi rizab pertukaran asing (US$103.0 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Dunia (US$1.2 bilion), hak pengeluaran khas (SDR) (US$5.7 bilion), emas (US$3.3 bilion) dan aset rizab lain (US$2.3 bilion), kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.

Jumlah aset sebanyak RM618.95 bilion, merangkumi emas dan pertukaran asing serta rizab-rizab lain, termasuk SDR (RM516.85 bilion), kertas kerajaan Malaysia (RM12.85 bilion), pinjaman dan pendahuluan (RM26.43 bilion), tanah dan bangunan (RM4.60 bilion) serta aset-aset lain (RM58.22 bilion).

Bank pusat itu berkata jumlah modal dan liabiliti sebanyak RM618.95 bilion, merangkumi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM187.75 bilion), mata wang dalam edaran (RM174.24 bilion), deposit institusi kewangan (RM118.54 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM14.32 bilion), deposit lain-lain (RM80.26 bilion), kertas Bank Negara (RM12.46 bilion), peruntukan SDR (RM28.18 bilion) dan liabiliti-liabiliti lain (RM3.10 bilion).

-- BERNAMA