BERITA TERKINI   MCMC turunkan 159 kandungan palsu berkaitan krisis tenaga global di pelbagai platfom media sosial dalam tempoh empat hari sejak 29 Mac - Fahmi | Piala Malaysia: Kuala Lumpur City FC 0-4 Johor Darul Ta'zim | Seramai 17 individu disiasat MCMC dipercayai sebar maklumat palsu di media sosial berkaitan krisis tenaga global - Teo Nie Ching | MDEC, JAKIM akan bekerjasama menyediakan kemudahan pembelajaran berasaskan kecerdasan buatan di institusi pendidikan perintis di enam negeri - PM Anwar | Pendidikan disertai pengukuhan adab serta nilai kemanusian merupakan asas penting membentuk generasi pelapis negara- PM Anwar | 

Bank Islam Perkenal Kad Kredit Baharu Untuk Pelanggan Mewah

KUALA LUMPUR, 19 Jan (Bernama) -- Bank Islam Malaysia Bhd (Bank Islam) kini memperkenalkan Kad Kredit-i Mastercard World Premier Wealth, eksklusif menerusi jemputan untuk pelanggan mewah yang menyediakan gabungan unik keistimewaan serta manfaat kompetitif. 

Sehubungan itu, bank ini menawarkan ganjaran 5,000 mata Enrich kepada 200 pelanggan terawal yang memohon dan membuat perbelanjaan minimum RM500 sebelum 31 Mac, 2025, sebagai tanda penghargaan kepada pelanggan, kata bank itu dalam kenyataannya hari ini.

“Direka khusus untuk meningkatkan gaya hidup pelanggan mewah,  kad ini meliputi pengecualian yuran tahunan seumur hidup hingga ganjaran TruPoints yang menarik,” katanya.

Kad itu khusus bagi pelanggan yang mempunyai aset di bawah pengurusan (AUM) bernilai RM250,000.

Bank Islam juga menyasarkan untuk meningkatkan pengurusan kekayaan dan portfolio kadnya sebanyak 10 peratus pada 2025 melalui pengenalan kad kredit-i itu.

Ketua Pegawai Perniagaan Kumpulan Perbankan Runcit Kumpulan Mizan Masram berkata sebagai peneraju perbankan Islam Malaysia, bank itu komited menyediakan penyelesaian kewangan patuh Syariah komprehensif bagi memenuhi keperluan pelanggan yang sentiasa berkembang.

-- BERNAMA