BERITA TERKINI   Titah Adendum: Kerajaan hormati pandangan semua pihak - PM Anwar | Setiausaha Negara AS dan Menteri Luar China adakan pertemuan di luar AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Forum Serantau ASEAN lebih kukuh diperlukan untuk respons pantas terhadap krisis kemanusiaan - Mohamad Hasan | ARF perlu tangani cabaran utama ASEAN termasuk ketegangan maritim, ancaman siber dan perubahan iklim - Mohamad Hasan | Amir Hamzah dan Johari jalankan tugas sementara sehingga menteri baharu dilantik - PM Anwar | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini di tengah-tengah sentimen pasaran yang berhati-hati.

Kontrak semerta Januari 2025 merosot kepada US$2,702.70 setiap auns troy daripada US$2,708.90 setiap auns troy pada Khamis manakala Februari 2025 menurun kepada US$2,711.20 daripada US$2,717.40 setiap auns troy semalam.

Kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 ditutup rendah kepada US$2,719.30 daripada US$2,725.50 setiap auns troy semalam.

Jumlah dagangan menyusut kepada 40 lot daripada 57 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 78 kontrak daripada 86 kontrak semalam.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 16 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,716.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA