BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, mencerminkan prestasi kadar asas pasaran tunai yang positif.

Pada penutup dagangan, Januari 2025 naik 16.5 mata kepada 1,567.0, Februari 2025 melonjak 18.0 mata kepada 1,570.5,  Mac 2025 meningkat 17.0 mata kepada 1,552.5 dan Jun 2025 menambah 19.5 mata kepada 1,561.5.

Jumlah dagangan naik kepada 10,768 lot daripada 9,578 lot semalam manakala kepentingan terbuka merosot kepada 44,886 kontrak daripada 45,768 kontrak semalam.   

Pada 5 petang, FBM KLCI naik 11.18 mata kepada 1,566.72 daripada 1,555.54 semalam. 

-- BERNAMA