Bantuan Wang Ihsan akan disalurkan ketika mangsa banjir masih berada di PPS - TPM Ahmad Zahid | Cadangan naikkan jumlah Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada mangsa bencana akan dibawa ke mesyuarat Kabinet - TPM Ahmad Zahid | Sukan SEA 2025: Malaysia capai sasaran pingat ke-200 dengan raih emas acara berbasikal trek kejar-mengejar berpasukan lelaki | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Nur Aisyah Mohamad Zubir raih pingat emas acara scratch wanita | Sukan SEA 2025: Pelumba basikal trek negara Muhammad Ridwan Sahrom rangkul pingat emas acara keirin lelaki |
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan secara satu-satu dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatannya ke United Kingdom.
Antara pertemuan itu adalah dengan Standard Chartered yang diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Winters.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan secara satu-satu dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatannya ke United Kingdom.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa beramah mesra dengan hadirin selepas mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom di sini hari ini.
--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (empat, kiri), Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (empat, kanan), dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani (tiga, kanan). --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri mesyuarat Meja Bulat bersama Pemimpin Industri di United Kingdom, di sini hari ini.
Turut hadir ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
EKONOMI•17/01/2025 01:36 AM
PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Beberapa Syarikat Terkemuka Di UK
Daripada D.Arul Rajoo
LONDON, 16 Jan (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan perniagaan bersemuka dengan beberapa syarikat terkemuka semasa lawatan beliau ke United Kingdom (UK).
Salah satu mesyuarat tersebut adalah dengan Standard Chartered Bank (SCB) yang diketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Winters.
Menurut para pegawai Malaysia, SCB sedang meneroka kemungkinan untuk kerjasama dengan kerajaan Malaysia dan Singapura bagi memudahkan kemasukan perniagaan global ke Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
Selain itu, Anwar turut bertemu dengan para pegawai daripada Jaguar Land Rover (JLR), Raw Energy dan Yondr yang mempunyai projek sedang dibangunkan di Taman Teknologi Sedenak di Johor.
Turut hadir pada pertemuan tersebut ialah Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Terdahulu, Perdana Menteri menghadiri mesyuarat meja bulat dengan para pemimpin industri di UK yang disertai 53 pemain industri terkemuka daripada 30 syarikat dan organisasi.
Antaranya termasuklah Airbus UK, GKN Aerospace, British Malaysian Chamber of Commerce, Shell dan BAE System.