BERITA TERKINI   Kerajaan MADANI tegas pastikan kepentingan semua kaum terjamin - PM Anwar | Kerjasama rakyat berbilang kaum di negara ini buahkan hasil, Malaysia berjaya catat kemajuan membanggakan - PM Anwar  | Sambutan Tahun Baharu Cina serlah perpaduan rakyat Malaysia - PM Anwar | Lima sekeluarga ditemukan maut dipercayai akibat dibunuh di Kuantan pagi ini - Polis | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar.

Pada penutup dagangan, Januari 2025 menurun 2.5 mata kepada 1,550.5, Februari 2025 dan Mac 2025, masing-masing merosot 4.0 mata kepada 1,552.5 dan 1,535.5 dan Jun 2025 menyusut 3.5 mata kepada 1,542.0. 

Jumlah dagangan meningkat kepada 9,578 lot daripada 8,191 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menambah kepada 45,768 kontrak daripada 43,956 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 6.58 mata kepada 1,555.54 daripada 1,562.12 mata pada Rabu. 

-- BERNAMA