BERITA TERKINI   Seramai 5,364 jemaah haji Malaysia selamat tiba di Madinah setakat 12 tengah malam tadi - Ketua Rombongan Haji Malaysia | Senarai nama calon Ketua Pesuruhjaya SPRM telah dipersembah kepada Agong hari ini - PM Anwar | Inisiatif Rumah Bangsa tarik lebih 10,000 ahli baharu dengan lebih 6,000 merupakan pemuda - Ahmad Maslan | Polis Johor tumpaskan sindiket dadah dengan nilai rampasan dan sitaan RM1.95 juta, tahan empat individu - Ketua Polis Johor  | Isu hutang jadi motif kepada insiden tembakan yang mengorbankan tiga individu di Kota Tinggi - Ketua Polis Johor | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 rendah 13.5 mata kepada 1,599.5, Februari 2025 menyusut 15.0 mata kepada 1,602.5 manakala kontrak Mac 2025 dan Jun 2025 masing-masing berkurangan 14.0 mata kepada 1,587.0 dan 1,592.0.

Jumlah dagangan meningkat kepada 7,852 lot berbanding 7,635 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menokok kepada 44,051 kontrak berbanding 43,635 sebelum ini.

Pada 5 petang, FBM KLCI rendah 14.02 mata atau 0.86 peratus kepada 1,600.81 daripada 1,614.83 semasa ditutup pada Rabu.

-- BERNAMA