BERITA TERKINI   Tiga maut, tiga parah dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Kampung Paloh, Gua Musang hari ini - Bomba Kelantan | Sindiket dadah tumpas di Taman Bukit Indah, dadah bernilai RM2.07 juta dirampas dan lima lelaki ditahan - Polis Johor | Agihan BAP kepada 5.2 juta murid libatkan peruntukan RM800 juta dijangka selesai minggu ini -Fadhlina | Sekolah diingatkan agar tidak potong BAP, berikan sepenuhnya RM150 - Fadhlina | MCMC pertimbang saman X susulan Grok gagal patuhi undang-undang keselamatan negara - Fahmi | 

Niaga Hadapan Emas Teruskan Momentum Meningkat Pada Akhir Dagangan

KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan aliran peningkatan apabila ditutup lebih tinggi pada dagangan Rabu.

Perkembangan itu dicatatkan ketika peniaga menunggu pengumuman data pekerjaan penting Amerika Syarikat (AS) lewat minggu ini yang dijangka mempengaruhi trajektori penetapan kadar faedah utama Rizab Persekutuan AS (Fed).

Kontrak bulan semasa Januari 2025 meningkat kepada US$2,666.90 setiap auns troy daripada US$2,655.10 pada Selasa manakala kontrak Februari 2025 menokok kepada US$2,678.00 daripada US$2,666.20, semalam.

Selain itu, kontrak Mac 2025, April 2025 dan Jun 2025 juga masing-masing ditutup tinggi pada US$2,686.90 setiap auns troy daripada US$2,675.00 sebelum ini.

Jumlah dagangan susut kepada tiga lot daripada 25 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka tidak berubah pada 14 kontrak.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 7 Jan, harga emas fizikal berada pada US$2,650.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA