BERITA TERKINI   Hak-hak negeri perlu dihormati, namun kepentingan Malaysia secara bersama hendaklah sentiasa diutamakan - Agong | Agong ingatkan setiap perbahasan, keputusan dan undian di Parlimen bakal menentukan masa depan negara | Sistem pendidikan baharu mesti selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Bahasa Melayu diutamakan - Agong | Undang-undang berkaitan keselamatan negara dan ancaman luar wajar diwujudkan segera, pastikan keharmonian semua kaum dan kedaulatan negara - Agong | Bukan hanya penerima rasuah tetapi pemberi dan ejen yang bersubahat turut perlu diambil tindakan - Agong | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.16 pagi, kontrak Januari 2025 meningkat 6.0 mata kepada 1,629.0, Februari 2025 menambah 5.5 mata kepada 1,633.0, Mac 2025 naik 2.5 mata kepada 1,614.0 dan Jun 2025 menokok 3.5 mata kepada 1,622.0.

Jumlah dagangan sebanyak 649 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 37,497 kontrak.

Petunjuk pasaran FBM KLCI naik 4.69 mata kepada 1,630.28 daripada 1,625.47 semalam selepas 35 minit dagangan.

-- BERNAMA