Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menunjukkan penyusutan di pasaran tunai pendasar.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 susut 7.5 mata kepada 1,630.5, Februari 2025 berkurangan 6.5 mata kepada 1,635.0, Mac 2025 rendah 6.0 mata kepada 1,618.0 dan Jun 2025 merosot 5.5 mata kepada 1,623.5.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 5,715 lot daripada 8,280 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka susut kepada 42,706 kontrak daripada 43,615 sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI merosot 3.41 mata atau 0.21 peratus kepada 1,629.46 daripada 1,632.87 semasa ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA