BERITA TERKINI   Penerbitan bon lestari dijangka meningkat susulan pertumbuhan pesat pusat data – Moody’s Ratings | Peralihan MyBorderPass dan MyDigitalID kepada sistem MyNIISe akan diperluas secara berperingkat di pintu masuk negara bermula tahun ini - Saifuddin Nasution | Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2027 dilaksana secara dalam talian bermula 15 Feb hingga 31 Mac - KP Pendidikan | Pimpinan tinggi agensi penguatkuasaan diberi tempoh seminggu nyata kesediaan pikul amanah atau tukar ke jawatan lain - PM Anwar | PM Anwar beri amaran keras kepada pihak berkuasa, kesal masih wujud kelemahan tatakelola dalam negara | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 2 Jan (Bernama) -- Pasaran getah tempatan ditutup rendah pada Khamis, sejajar dengan aliran menurun pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan kesan daripada dasar ekonomi Amerika Syarikat (AS), kata peniaga.

Katanya, kebimbangan mengenai aktiviti pembuatan di China, selain ketidaktentuan keadaan politik global turut menjejaskan sentimen pasaran.

“Bagaimanapun, penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah penanda aras serta penurunan ringgit berbanding dolar AS di tengah-tengah gangguan bekalan berikutan keadaan cuaca buruk di Thailand dan Malaysia,” katanya kepada Bernama.

Pada 3 petang, Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut 9.5 sen kepada  879.50 sen sekilogram daripada 889 sen pada 30 Dis, 2024, manakala lateks pukal merosot tiga sen kepada 694 sen sekilogram daripada 697 sen sebelumnya.

Sementara itu, LGM berkata ia akan menerbitkan harga rujukan getah sekali sehari pada 3 petang, bermula hari ini.

-- BERNAMA