BERITA TERKINI   Liga Super: Sabah FC 1-2 Imigresen FC | Gempa bumi lemah bermagnitud 3.2 dikesan di Batu Pahat pada 6.07 petang ini - MetMalaysia | Kadar baharu Program Tanam Semula Getah RISDA untuk Semenanjung dan Sabah akan diumum dalam tempoh terdekat - TPM Ahmad Zahid | Kadar baharu bantuan Program Tanam Semula Getah RISDA Sarawak tahun ini naik kepada RM23,000 sehektar- TPM Ahmad Zahid | 

Unit KLCCP Tingkat Program Sukuk Murabahah Kepada RM2 Bilion

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh KLCC Property Holdings Bhd (KLCCP) Suria KLCC Sdn Bhd meningkatkan program sukuk murabahahnya kepada RM2 bilion daripada RM600 juta dalam nilai nominal.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, KLCCP berkata Suria KLCC berjaya menerbitkan sukuk murabahah berjumlah RM600 juta dalam nilai nominal dengan tempoh 10.5 tahun dan kadar keuntungan berkala 4.00 peratus setahun.

Hasil yang diperoleh akan digunakan oleh Suria KLCC untuk membiayai semula terbitan pertama sebanyak RM600 juta yang dibuat pada 31 Dis 2014, tidak lama selepas program itu ditubuhkan pada 19 Nov 2014, dan yang akan matang hari ini, 31 Dis 2024.

Menurut makluman itu, peningkatan dan semakan terma program itu akan berkuat kuasa pada 31 Dis 2024.

-- BERNAMA