BERITA TERKINI   Penilai bebas mengesahkan sistem aerotren KLIA beroperasi mengikut perancangan - Malaysia Airports | Ketersediaan operasi perkhidmatan aerotren KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai - Malaysia Airports | Ketersediaan operasi perkhidmatan Aerotrain KLIA meningkat 100 peratus pada Disember 2025 berbanding 98.67 peratus pada Julai - Malaysia Airports | Penilai bebas mengesahkan sistem Aerotrain KLIA beroperasi mengikut perancangan - Malaysia Airports | Indeks Pengurus Pembelian (IPP) pembuatan Malaysia meningkat kepada 50.2 pada Januari 2026, paras tertinggi dalam tempoh 20 bulan - S&P Global | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini, seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak Disember 2024 meningkat 5.5 mata kepada 1,641.5 manakala Januari 2025 dan Mac 2025 menokok tiga mata masing-masing kepada 1,642.0 dan 1,627.0, dan Jun 2025 menaik 3.5 mata kepada 1,632.5.  

Jumlah dagangan menurun kepada 10,744 lot daripada 16,639 lot pada isnin, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 47,278 kontrak daripada 64,808 kontrak semalam.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI menokok 4.65 mata kepada 1,642.33 berbanding 1,637.68 ketika ditutup pada Isnin, mencatatkan peningkatan enam hari berturut-turut.

-- BERNAMA