BERITA TERKINI   Kerajaan mahu aktifkan semula pertukaran pelajar, galak pelajar New Zealand ceburi TVET di Malaysia - TPM Ahmad Zahid | Malaysia sedia tambah 100 pelajar tajaan MARA lanjut pengajian ke New Zealand, khususnya bidang teknologi hijau - TPM Ahmad Zahid | KPKM perkenal dua varieti baharu padi, MR CL3 dan MR CL4 untuk tangani isu padi angin - Mohamad | Kerajaan lulus Bayaran Insentif Pakar Pra-Warta kepada pegawai perubatan yang jalani tempoh pengalaman kerja diselia selepas tamat latihan kepakaran - KKM | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 30 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan tinggi dalam dagangan awal hari ini. 

Pada 9.34 pagi, kontrak Disember 2024 meningkat 4.5 mata kepada 1,629.0, Januari 2025 menambah 7.0 mata kepada 1,633.0 serta Mac 2025 dan Jun 2025, masing-masing naik 3.5 mata kepada 1,614.0 dan 1,621.0. 

Jumlah dagangan sebanyak 2,355 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 62,188 kontrak. 

Setakat 9.34 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 1.93 mata kepada 1,630.07 daripada 1,628.14 pada Jumaat lepas.  

-- BERNAMA