BERITA TERKINI   Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis berikutan kebimbangan terhadap permintaan lemah yang mungkin meningkatkan keseluruhan paras stok negara.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata berdasarkan corak bermusim, permintaan kebiasaannya cenderung lebih lemah menjelang akhir tahun.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,480 setan dan paras rintangan pada RM4,750 setan,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu syarikat pemeriksaan bebas AmSpec Agri Malaysia berkata eksport produk minyak sawit Malaysia bagi tempoh 1 - 25 Dis merosot 1.1 peratus kepada 1.14 juta tan daripada 1.16 juta tan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Ketika ditutup, kontrak Januari 2025 meningkat RM5 kepada RM4,900 setan,  kontrak Februari 2025 menurun RM3 kepada RM4,698 setan dan Mac 2025 menyusut RM15 kepada RM4,543 setan.

Kontrak April 2025 merosot RM23 kepada RM4,398 setan, Mei 2025 menurun RM18 kepada RM4,294 setan dan Jun 2025 menyusut RM21 kepada RM4,226 setan.

Jumlah dagangan menurun kepada 42,211 lot daripada 47,182 lot semalam, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 239,482 kontrak daripada 240,879 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan tidak berubah pada RM5,000 setan.

-- BERNAMA