BERITA TERKINI   Berlaku kekosongan luar jangka di DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji selepas keahlian tiga ADUN dari PAS terhenti serta-merta - Speaker DUN Perlis | Kekosongan luar jangka DUN Chuping, Bintong dan Guar Sanji akan dimaklumkan kepada SPR dalam masa terdekat - Speaker DUN Perlis | 

Southern Cable Raih Kontrak Bekalkan Kabel Bernilai RM172.57 Juta

KUALA LUMPUR, 26 Dis (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Southern Cable Group Bhd, Southern Cable Sdn Bhd meraih kontrak bernilai RM172.57 juta untuk membekal dan menghantar kabel dan konduktor di Malaysia Timur.

Southern Cable dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia berkata kontrak itu selama 24 bulan mulai 20 Dis 2024 hingga 19 Dis 2026.

"Kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan sepanjang tempoh kontrak," katanya.

-- BERNAMA