BERITA TERKINI   Syarikat berpangkalan di Singapura telah melabur lebih S$5.5 bilion ke Johor sejak pemeteraian MoU JS-SEZ -- TPM Singapura Gan | Kerajaan menimbang meningkatkan Dana Pembangunan Perniagaan Malaysia-Singapura bagi membantu lebih banyak PKS mendapat peluang perniagaan rentas sempadan – Tengku Zafrul | Semua projek pembuatan bagi industri tidak sensitif dalam sektor ekonomi yang dikenal pasti di JS-SEZ akan diberikan kelulusan pantas untuk Lesen Pengilangan (ML) dalam tempoh 7 hari bekerja - Tengku Zafrul | Tambahan RM200 juta yang diperuntukkan kepada CoSIF di bawah Belanjawan 2026 membolehkan pelaburan bersama dalam projek berimpak tinggi oleh PKS Malaysia di JS-SEZ - Tengku Zafrul | Sebuah jawatankuasa khas ditubuhkan pastikan kes pelajar perempuan Tingkatan Empat yang maut ditikam disiasat secara telus dan adil - Fadhlina  | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah Seiring Harga Minyak Kacang Soya Lebih Lemah Di CBOT

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Khamis seiring dengan prestasi minyak kacang soya yang lebih lemah di Chicago Board of Trade (CBOT), kata peniaga minyak sawit David Ng.

Bagaimanapun, katanya, sentimen pasaran disokong oleh berita mengenai rancangan Indonesia untuk melaksanakan levi eksport yang lebih tinggi pada tahun depan kerana negara itu mahu meningkatkan campuran biodiesel kepada 40 peratus (B40) bermula Januari 2025.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,450 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,700 setiap tan,” kata Ng kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak Januari 2025 meningkat sebanyak RM52 kepada RM4,752 setiap tan dan Februari 2025 berkembang sebanyak RM17 kepada RM4,636 setiap tan.

Namun, Mac 2025 merosot sebanyak RM21 kepada RM4,508 setiap tan, April 2025 turun RM43 kepada RM4,384 setiap tan, Mei 2025 menyusut RM64 kepada RM4,279 setiap tan dan Jun 2025 menguncup RM80 kepada RM4,191 setiap tan.

Jumlah dagangan melonjak kepada 157,030 lot daripada 119,842 lot semalam manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 251,239 kontrak daripada 247,590 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Januari Selatan susut sebanyak RM50 kepada RM4,900 setiap tan.

-- BERNAMA