BERITA TERKINI   SNCC kecam tindakan Itamar Ben Gvir lakukan kekerasan fizikal, tekanan mental dan ugutan terhadap aktivis - KP SNCC | Malaysia catat lebihan dagangan sebanyak RM91.92 bilion bagi tempoh Januari-April 2026 - MATRADE | Jumlah perdagangan Malaysia meningkat 15.3 peratus tahun ke tahun kepada RM1.127 trilion pada Januari-April 2026, eksport melonjak 19 peratus kepada RM609.31 bilion, import naik 11.1 peratus kepada RM517.40 bilion - MATRADE | Malaysia harus berani terima inovasi untuk kekal bersaing di peringkat global, berpandukan nilai, kebertanggungjawaban, keterangkuman dan ihsan - TPM Fadillah | Dua lelaki maut tertimbus di bawah timbunan tebing tanah dekat Ladang Sawit Jerimbong, Jeli semalam - Bomba | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 19 Dis (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, seiring dengan prestasi lemah niaga hadapan emas di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).  

Kontrak semerta Disember 2024 menurun kepada US$2,621.30 setiap auns troy daripada US$2,650.60 setiap auns troy pada Rabu, manakala Januari 2025 merosot kepada US$2,634.40 setiap auns troy daripada US$2,663.70 setiap auns troy pada Rabu.

Manakala kontrak Februari 2025, Mac 2025 dan April 2025 ditutup rendah masing-masing kepada US$2,644.60 setiap auns troy daripada US$2,673.90 setiap auns troy.

Jumlah dagangan melonjak kepada 57 lot daripada enam lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menokok kepada 75 kontrak daripada 21 kontrak sebelumnya.

Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 18 Dis, harga emas fizikal berada pada US$2,635.65 setiap auns troy.

-- BERNAMA