BERITA TERKINI   Polis belum terima laporan dakwaan Victor Chin berkaitan Ahli Parlimen minta bayaran RM10 juta bagi bantu selesai isu manipulasi korporat - Bukit Aman | Capital A lantik Effendy Shahul Hamid sebagai Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif berkuat kuasa 6 April | Capital A sedang teroka potensi dwipenyenaraian di Hong Kong pada suku ketiga 2026, dan teruskan rancangan untuk senaraikan AirAsia NEXT di Amerika Syarikat menjelang akhir tahun - Tony Fernandes | Capital A sasar keluar daripada status PN17 selepas catat untung empat suku tahunan berturut-turut - Tony Fernandes | Op Viking: Ahli perniagaan Victor Chin antara 10 individu ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram - Polis | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) – Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Katanya, harga MSM mencecah paras terendah dalam tempoh sebulan berikutan kebimbangan yang semakin meningkat terhadap pelaksanaan program biodiesel B40 yang bermula bulan depan.

“Kami melihat paras sokongan pada RM4,500 setan dan paras rintangan pada RM4,850 setan,” kata Ng kepada Bernama.

Pada penutupan dagangan, kontrak Januari 2025 merosot RM189 kepada RM4,700 setan, Februari 2025 menurun RM182 kepada RM4,619  setan dan Mac 2025 menyusut RM196 kepada RM4,529 setan.

Kontrak April 2025 menurun RM194 kepada RM4,427 setan, Mei 2025 merosot RM176 kepada RM4,343 setan dan Jun 2025 menyusut RM156 kepada RM4,271 setan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 119,842 lot daripada 91,037 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka menaik kepada 247,590 kontrak daripada 247,337 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan menyusut RM100 kepada RM4,950 setan.

-- BERNAMA