BERITA TERKINI   Isu tanah ladang komersial Felda di Terengganu dijangka selesai dalam masa terdekat - TPM Ahmad Zahid | Kerajaan belanja lebih RM200 juta bagi Bantuan Wang Ihsan kepada mangsa banjir tahun lepas - TPM Ahmad Zahid | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 5 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini walaupun prestasi kadar asas pasaran tunai positif.

Kontrak semerta Disember 2024 merosot 4.5 mata kepada 1,614.0, Januari 2025 menurun 3.5 mata kepada 1,619.0, Mac 2025 menyusut 1.0 mata kepada 1,603.0 dan Jun 2025 merosot 2.5 mata kepada 1,609.5.

Jumlah dagangan menurun kepada 4,583 lot daripada 4,880 lot pada Rabu manakala kepentingan terbuka menyusut kepada 36,998 kontrak daripada 37,157 kontrak sebelumnya.

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 1.55 mata kepada 1,615.64 daripada 1,614.09 ketika ditutup pada Rabu.

 -- BERNAMA