BERITA TERKINI   India sokong peranan Malaysia sebagai negara rakan BRICS, aspirasi jadi anggota BRICS - Kenyataan Bersama | Malaysia sambut baik India sebagai Pengerusi BRICS 2026 - Kenyataan Bersama | PM Anwar, Modi saksi pertukaran 11 MoU antara Malaysia dan India | Perdagangan dua hala Malaysia-India dijangka melepasi AS$18.59 bilion, dicatatkan tahun lepas - PM Anwar | Malaysia, dalam konteks ASEAN, pasti dapat manfaat besar sekiranya rantau ini dapat memperoleh lebih banyak cara dan peluang untuk bekerjasama dengan India - PM Anwar | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 3 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini seiring dengan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Kontrak bulan semerta Disember 2024 meningkat 7.0 mata kepada 1,608.0, Januari 2025 berkembang 6.0 mata kepada 1,611.5, Mac 2025 naik 7.5 mata kepada 1,597.0 dan Jun 2025 melonjak 8.0 mata kepada 1,603.5.

Jumlah dagangan menyusut kepada 7,081 lot daripada 7,303 lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka bertambah kepada 39,877 kontrak daripada 34,006 kontrak sebelumnya. 

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 11.48 mata kepada 1,606.96 daripada paras penutup 1,595.48 pada Isnin.

 -- BERNAMA