BERITA TERKINI   Ketegangan sempadan Kemboja-Thailand : Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN ditangguhkan kepada Isnin (22 Dis) - Wisma Putra | Kerajaan yakin rundingan dengan kerajaan negeri Terengganu berhubung isu FGV akan dapat dicapai demi kepentingan peneroka - TPM Ahmad Zahid | 53.9 peratus lepasan SPM pilih sektor TVET, hampiri sasaran 70 peratus menjelang akhir RMK13 - TPM Ahmad Zahid | Konflik Kemboja-Thailand: Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Luar ASEAN yang dijadual esok, ditangguhkan - PM Anwar | Rundingan sedang dijalankan bagi meredakan ketegangan antara Thailand dan Kemboja – PM Anwar | 

PTSC Asia Pacific Laksana Kontrak Untuk FSO Vessel Di Vietnam Sehingga US$416 Juta

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- PTSC Asia Pasifik melaksanakan kontrak untuk penyediaan, penyewaan, operasi dan penyelenggaraan kapal penyimpanan dan pemindahan terapung (FSO) untuk projek Lac Da Vang dan Murphy Cuu Long Bac Oil Co Ltd.

PTSC Asia Pasifik merupakan syarikat usaha sama di antara Yinson Production Offshore Pte Ltd (49 peratus) dengan PetroVietnam Technical Services Corporation (51 peratus).

Yinson Production berkata kontrak itu mempunyai tempoh kukuh selama 10 tahun dengan pilihan untuk melanjutkan kontrak sehingga lima tahun dengan nilai keseluruhan sehingga kira-kira US$416 juta (US$1=RM4.44).

“Projek Lac Da Vang FSO adalah bukti kekuatan kerjasama kami dengan PTSC dan visi bersama untuk kecemerlangan operasi.

"Kami berbangga untuk memainkan peranan penting dalam menyokong keterjaminan tenaga Vietnam," kata Ketua Pegawai Eksekutif Yinson Production, Flemming Gronnegaard dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Yinson Production, FSO akan menjadi kapal dwi-badan yang dibina baharu dengan kapasiti penyimpanan sekitar 500,000 tong dan sistem dwi-bahan api termaju untuk kecekapan yang dioptimumkan.

Selepas tempoh pembinaan kira-kira dua tahun, FSO dijangka memulakan operasi di medan Lac Da Vang yang terletak di Blok 15-1/05 luar pesisir Vietnam pada suku keempat 2026.

-- BERNAMA