BERITA TERKINI   Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat dibentang sebelum akhir tahun - PM Anwar | Memerangi rasuah perlukan keberanian, integriti dan penyertaan aktif setiap lapisan masyarakat - PM Anwar  | Satu pengumuman dijangka dibuat esok bagi menangani kebimbangan mengenai kehakiman dan menegaskan semula inisiatif reformasi kerajaan MADANI - PM Anwar | Pembentukan Majlis Media Malaysia membolehkan isu dalam industri media diurus dengan lebih terangkum, mampan dan bebas - Fahmi   | Lembaga pengarah akan umum perkembangan penting dalam mematuhi Keperluan Penyenaraian Bursa Malaysia Securities Bhd dan seperti dikehendaki undang-undang - NationGate Holdings | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.45 pagi, kontrak Disember 2024 naik 9.5 mata kepada 1,604.50, Januari 2025 meningkat 13.5 mata kepada 1,608.50, Mac 2025 menambah 8.5 mata kepada 1,594.00 dan Jun 2025 menokok 10 mata kepada 1,601.00.

Jumlah dagangan sebanyak 1,523 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 36,424 kontrak.

Pada 9.45 pagi, petunjuk pasaran FBM KLCI meningkat 7.99 mata kepada 1,602.28 daripada 1,594.29 pada Jumaat lepas.  

-- BERNAMA