BERITA TERKINI   2,571 kes Tibi direkodkan di seluruh negara setakat ini - Kementerian Kesihatan | 503 kes baharu Tibi dikesan sehingga minggu Epidemiologi kelima tahun ini - Kementerian Kesihatan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 27 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives mencatat prestasi rendah setakat awal dagangan Rabu.

Pada jam 9.15 pagi, kontrak November 2024 dan Jun 2025 masing-masing turun 1.5 mata kepada 1,601.0 dan 1,604.0.

Kontrak Disember 2024 dan Mac 2025 pula berkurangan sebanyak 2.0 mata kepada 1,605.0 dan 1,596.0.

Jumlah dagangan sebanyak 9,802 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 51,290 kontrak.

Indeks penanda aras FBM KLCI naik 0.50 mata kepada 1,603.65 selepas 15 minit dagangan dijalankan.

-- BERNAMA