BERITA TERKINI   Penetapan sempadan yang muktamad perkukuh kedudukan perundangan negara, tutup ruang tuntutan wilayah lebih besar masa hadapan - Arthur | Laporan media menyatakan Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur | Kerajaan sambut baik mekanisme aduan rasmi Majlis Media Malaysia urus etika kewartawanan - Fahmi | Rundingan untuk penandaan dan pengukuran di kawasan OBP antara Malaysia dan Indonesia dilaksanakan secara harmoni - Arthur | Isu sempadan: Pengukuran saintifik dilaksana berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia - Arthur | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Tinggi

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini. 

Kontrak bulan semerta November 2024 meningkat 13.5 mata kepada 1,601.0, Disember 2024 naik 14.5 mata kepada 1,605.5, Mac 2025 menambah 13.0 mata kepada 1,596.0 dan Jun 2025 menokok 14.0 mata kepada 1,605.0.

Jumlah dagangan naik kepada 20,746 lot daripada 5,986 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 54,091 kontrak daripada 37,221 kontrak sebelum ini. 

Pada 5 petang, FBM KLCI meningkat 7.67 mata atau 0.48 peratus untuk ditutup kepada 1,597.45 daripada 1,589.78 pada Jumaat lepas.

 -- BERNAMA