BERITA TERKINI   Majlis Perundingan UMNO-PH setuju kekalkan kerjasama Kerajaan Perpaduan di Negeri Sembilan | Kerajaan setuju bayar RM200 sehektar sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 22 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Jumaat berikutan kebimbangan mengenai permintaan eksport yang lemah, kata peniaga.

Peniaga minyak sawit David Ng berkata permintaan cenderung menjadi rendah menjelang akhir tahun berdasarkan corak yang bermusim.

“Harga minyak kacang soya yang rendah di Lembaga Perdagangan Chicago turut mempengaruhi harga.

“Kami menjangka paras sokongan pada RM4,600 satu tan dan paras halangan pada RM4,850 satu tan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta baharu Disember 2024 merosot RM101 kepada RM4,790 satu tan, Januari 2025 berkurangan RM114 kepada RM4,714 satu tan dan Februari 2025 susut RM130 kepada RM4,642 satu tan.

Kontrak Mac 2025 merosot RM131 kepada RM4,547 satu tan, April 2025 berkurangan RM123 kepada RM4,458 satu tan dan Mei 2025 susut RM110 kepada RM4,373 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 95,229 lot daripada 145,908 lot pada Khamis manakala kepentingan terbuka merosot kepada 239,910 kontrak daripada 244,234 kontrak sebelum ini.

Harga MSM fizikal bagi Disember Selatan susut RM50 kepada RM4,950 satu tan.

-- BERNAMA