BERITA TERKINI    Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | Malaysia kekal optimistik untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif susulan keinginan AS untuk terus melakukan rundingan bersama - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia perlu mencapai tahap konsensus yang tinggi dalam isu seperti keselamatan ekonomi, pembelian produk buatan AS dan meningkatkan pelaburan di negara itu untuk membantu mengimbangi perdagangan Malaysia-AS - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia mahu mencapai perjanjian seimbang yang memberi manfaat kepada negara dan bukan hanya sekadar untuk memuktamadkan perjanjian - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul | Malaysia kekal optimistik untuk menyelesaikan isu berkaitan tarif susulan keinginan AS untuk terus melakukan rundingan bersama - Tengku Zafrul | Tarif AS: Malaysia tidak akan berkompromi bila melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara - Tengku Zafrul |

Pasaran Getah Ditutup Tinggi

Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup tinggi pada Jumaat, didorong oleh peningkatan keyakinan bahawa China akan meningkatkan langkah rangsangan ekonomi bagi menyokong ekonominya, kata seorang peniaga. 

Beliau berkata peniaga memberikan reaksi positif terhadap penangguhan penguatkuasaan Peraturan Penyahhutanan Kesatuan Eropah (EUDR) dan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kukuh.

"Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dihadkan oleh penurunan harga minyak mentah dan ringgit yang kukuh berbanding dolar AS dalam persekitaran pasaran niaga hadapan getah serantau yang bercampur-campur," katanya.

Peniaga itu berkata Parlimen Kesatuan Eropah (EU) meluluskan penangguhan EUDR selama setahun lagi, bersama-sama dengan pindaan lain agar syarikat boleh mematuhi undang-undang yang memastikan produk dijual di EU tidak bersumberkan daripada proses penyahhutanan.

Sementara itu, beliau berkata Indeks Harga Pengeluar (IHP) AS naik 2.4 peratus tahun ke tahun pada Oktober.

"Pengerusi Rizab Persekutuan AS, Jerome Powell berkata, kekuatan ekonomi AS memberi lebih banyak masa kepada bank pusat untuk membincangkan potensi penurunan kadar faedah,” katanya.

Menurut Lembaga Getah Malaysia, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat 3.0 sen kepada 848.50 sen sekilogram, manakala harga lateks pukal naik sebanyak 0.5 sen kepada 677.50 sen sekilogram.

Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 857.50 sen sekilogram, manakala lateks pukal pada 680.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA