BERITA TERKINI    Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus |

MTD Capital Teroka Pasaran Baharu, Sektor Berpertumbuhan Tinggi Untuk Pengembangan

KUALA LUMPUR, 15 Nov (Bernama) -- MTD Capital Bhd dalam usaha meneroka pasaran baharu dan sektor berpertumbuhan tinggi bagi memacu pengembangan masa depan, menilai kerjasama strategik dan peluang perniagaan dalam sektor hartanah dan lain-lain.

Ketua Pegawai Eksekutif Reime Rizal Abdul Aziz berkata MTD Properties, cabang hartanah syarikat itu sedang mengembangkan portfolionya secara strategik untuk memanfaatkan peluang baharu dan memenuhi permintaan pembeli yang semakin berkembang.

"Melihat kepada lonjakan jumlah transaksi dan jualan, syarikat akan melancarkan lebih banyak projek dan bukan sahaja memenuhi keperluan pasaran tetapi menetapkan standard bagi pembangunan kediaman dan komersial. 

"Kami berazam untuk menyediakan kediaman berkualiti tinggi yang bukan sahaja mampu milik kepada rakyat Malaysia tetapi juga memberikan nilai yang berkekalan kepada komuniti dan pihak berkepentingan," katanya pada majlis 'MTD Properties Business Engagement' pada Khamis.

Reime berkata bagi mencapai matlamatnya, MTD Properties memperhalusi strateginya secara berterusan dan berkembang ke segmen hartanah di samping menyepadukan teknologi pintar dan menyokong kemampanan. 

Untuk setiap projek, ia akan mempunyai reka bentuk yang memfokuskan kepada nilai jangka panjang, serta memastikannya dapat memenuhi kehendak permintaan semasa serta masa depan, kata Reime.

MTD Properties akan melancarkan dua projek di Melaka: Fasa 24 dan Taman Perindustrian MTD Nexus 28.

Taman Perindustrian MTD Nexus 28 yang akan diperkenalkan akhir bulan ini, ialah pembangunan perindustrian yang menampilkan 87 unit kilang moden yang dilengkapi dengan infrastruktur sistem pintar dan pemasangan panel solar fotovolta (PV), memberikan pelabur peluang dalam sektor berpermintaan tinggi.

Mengulas mengenai majlis itu, Reime berkata ia bertujuan untuk meraikan rakan kongsi syarikat yang dipercayai, yang telah memainkan peranan penting dalam menyokong pertumbuhan dan kejayaan MTD Properties.

"Fokus kami sekarang lebih kepada meletakkan landasan yang kukuh untuk menjadikan orang ramai menyedari bahawa jenama kami cukup kukuh dalam pasaran hartanah," katanya.

-- BERNAMA