BERITA TERKINI   JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | JHEV peruntuk RM8 juta bina baharu, baik pulih rumah veteran ATM di seluruh negara tahun ini - Adly Zahari | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Kebanyakannya Rendah

KUALA LUMPUR, 12 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives kebanyakannya lebih rendah dalam dagangan awal.

Pada 9.32 pagi, kontrak November 2024 susut 2.0 mata kepada 1,609.50, Disember 2024 berkurangan 2.5 mata kepada 1,612.00, dan Mac 2025 susut 0.5 mata kepada 1,601.50.  Bagaimanapun, Jun 2025 meningkat 0.5 mata kepada 1,611.50.

Jumlah dagangan berjumlah 1,567 lot, dengan kepentingan terbuka sebanyak 4,432 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI lebih tinggi 0.69 mata kepada 1,610.16 selepas 55 minit dagangan.

-- BERNAMA