BERITA TERKINI   Anak syarikat milik penuh Maxis Bhd, Maxis Broadband Sdn Bhd menyediakan pendahuluan pemegang saham tambahan sebanyak RM202 juta kepada Digital Nasional Bhd | Piala Thomas: Jepun 1 Malaysia 0: Kodai Naraoka tewaskan Leong Jun Hao 21-11, 21-15 | Piala Uber: Malaysia akan berdepan juara bertahan China di peringkat suku akhir | Pelarasan perbelanjaan akan dibuat tanpa menjejaskan perkhidmatan kritikal kepada rakyat dan kestabilan ekonomi - MOF | Panduan dikeluarkan kepada kementerian, agensi untuk susun semula keutamaan perbelanjaan mengurus, selaras cabaran krisis bekalan global, peningkatan tanggungan subsidi - MOF | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 11 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini susulan permintaan lemah seiring dengan penyusutan di pasaran emas COMEX Amerika Syarikat (AS).

Kadar bulan semerta November 2024 jatuh kepada US$2,674.70 setiap auns troy daripada US$2,692.70 setiap auns troy pada Jumaat minggu lepas.

Sementara kontrak Disember 2024, Januari 2025, Februari 2025 dan April 2025 ditutup rendah kepada US$2,687.00 setiap auns troy daripada US$2,705.60.

Jumlah dagangan merosot kepada lima lot daripada 15 lot manakala kepentingan terbuka menurun kepada 18 kontrak daripada 31 sebelumnya.

Menurut penetapan London Bullion Market Association pada 8 Nov, harga emas fizikal berada pada US$2,691.15 setiap auns troy.

-- BERNAMA