BERITA TERKINI   Perkhidmatan teksi air di Pulau Pinang belum dapat direalisasi kerana perlu selesai beberapa aspek teknikal, keselamatan - Loke | Prasarana Malaysia Berhad akan tambah 170 van bagi perluas perkhidmatan Rapid Penang On-Demand - Loke | Kontraktor LRT Pulau Pinang diarah laksana pelan mitigasi trafik secara berterusan bagi kurangkan kesan kesesakan jalan raya - Loke | Pulau Pinang akan terima 240 bas elektrik Rapid Penang dengan 75 bas dijangka tiba Mac ini - Loke | 21 pegawai terlibat dalam aktiviti tidak bermoral sedang disiasat - Menteri Pertahanan | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives tinggi dalam dagangan awal hari ini.

Pada 9.19 pagi, kontrak November 2024 naik 7.0 mata kepada 1,628.0, Disember 2024 meningkat 8.0 mata kepada 1,633.0, Mac 2025 menambah 6.5 mata kepada 1,620.5 dan Jun 2025 menokok 9.5 mata kepada 1,629.0

Jumlah dagangan sebanyak 813 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 35,397 kontrak.

Indeks petunjuk pasaran FBM KLCI naik 1.24 mata kepada 1,624.52 selepas 39 minit dagangan.

-- BERNAMA