BERITA TERKINI   Penetapan sempadan yang muktamad perkukuh kedudukan perundangan negara, tutup ruang tuntutan wilayah lebih besar masa hadapan - Arthur | Laporan media menyatakan Malaysia beri lebih 5,000 hektar tanah kepada Indonesia tidak tepat - Arthur | Kerajaan sambut baik mekanisme aduan rasmi Majlis Media Malaysia urus etika kewartawanan - Fahmi | Rundingan untuk penandaan dan pengukuran di kawasan OBP antara Malaysia dan Indonesia dilaksanakan secara harmoni - Arthur | Isu sempadan: Pengukuran saintifik dilaksana berdasarkan perjanjian yang telah ditandatangani antara Malaysia dan Indonesia - Arthur | 

Ringgit Mengukuh Berbanding Dolar AS Menjelang Keputusan OPR

Oleh Siti Noor Afera Abu

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit terus mencatatkan kenaikan berbanding dolar AS pada sesi pembukaan pada Rabu, didorong oleh sentimen yang baik menjelang pengumuman mengenai Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3310/3480 berbanding dolar AS daripada 4.3415/3505 semasa ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Indeks Dolar AS (DXY) terus merosot kepada 103.423 mata, menunjukkan penurunan sebanyak 0.44 peratus berikutan rakyat Amerika Syarikat (AS) mengundi pada Selasa.

“Oleh itu, ringgit dijangka terus mencatatkan kenaikan berikutan pasaran menunggu keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari BNM mengenai OPR hari ini apabila kadar tersebut mungkin kekal tidak berubah pada 3.00 peratus,” katanya kepada Bernama.

Ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia merosot berbanding pound kepada 5.6476/6698 daripada 5.6361/6478, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8603/8719 daripada 2.8525/8586 dan berkurangan berbanding euro kepada 4.7351/7537 daripada 4.7283/7381.

Mata wang tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 274.9/276.2 daripada 275.6/276.3, naik berbanding baht Thailand kepada 12.9056/12.9714 daripada 12.9165/9491 dan menambah berbanding peso Filipina kepada 7.42/7.46 daripada 7.44/7.46.

Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.2973/3110 daripada 3.2953/3023 semalam.

 -- BERNAMA