BERITA TERKINI   MPRC wajar bertindak sebagai agensi peneraju sektor OGSE - Akmal Nasrullah | Harga arang batu meningkat 8.2 peratus kepada US$142.62 satu tan bagi tempoh 1 hingga 3 Jun - Akmal Nasrullah | Malaysia dan Turkmenistan dijangka menandatangani kerjasama hidrokarbon jangka panjang pada 19 Jun bagi memperkukuh rantaian bekalan tenaga - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Kerajaan perkukuh stok penimbal, percepat akses ubat-ubatan kritikal jika diperlukan - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global: Tenaga buruh meningkat kepada 17.33 juta orang, kadar penyertaan kekal kukuh pada 70.9 peratus pada April - Akmal Nasrullah | 

TM Sokong Keputusan Rangkaian 5G Kedua, Komited Terhadap Pertumbuhan Digital

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Telekom Malaysia Bhd (TM) menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan berkaitan rangkaian 5G kedua baru-baru ini, selain menegaskan komitmen syarikat untuk meningkatkan manfaat teknologi 5G bagi rakyat, perniagaan serta negara.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sebelum ini mengumumkan pemilihan U Mobile Sdn Bhd bagi melaksanakan rangkaian 5G kedua negara selepas melakukan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial.

Dalam satu kenyataan hari ini, TM berkata pihaknya percaya langkah itu akan memacu transformasi digital Malaysia, kesalinghubungan, inovasi dan pertumbuhan ekonomi yang merentasi sektor.

"Kami kekal untuk memberi tumpuan dalam menyampaikan perkhidmatan dan penyelesaian 5G kepada pengguna dan segmen perniagaan kami. 

"Keutamaan TM adalah bagi memastikan semua pelanggan terus mendapat akses lancar ke atas perkhidmatan dan ekosistem 5G yang boleh dipercayai," katanya.

Pada masa sama, syarikat itu menyasarkan untuk menjadi sebuah kuasa digital menjelang 2030 serta komited memainkan peranan penting dalam membina negara digital, terus menyokong ekosistem 5G dan memacu inovasi digital untuk semua rakyat negara ini.

-- BERNAMA