BERITA TERKINI   Rasuah adalah pengkhianatan terhadap amanah rakyat, tiada toleransi dalam pentadbiran negara - Agong | Agong zahir amaran ramai lagi dalam radar Seri Paduka Baginda untuk misi perangi rasuah | PDRM rampas vape, bahan cecair vape bernilai lebih RM8.8 juta dalam Op E-Cig Mega serentak di 13 negeri- Datuk Fisol   | Kementerian Komunikasi junjung titah Raja Permaisuri Agong mahu keselamatan kanak-kanak, remaja di alam maya diberi perhatian serius pihak berkuasa - Fahmi | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Ditutup Rendah

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Isnin mencerminkan prestasi di pasaran tunai pendasar. 

Pada penutup dagangan, kontrak bulan semerta Oktober 2024 susut 10 mata kepada 1,606.0, November 2024 turun 10.5 mata kepada 1,610.0, Disember 2024 merosot 9.5 mata kepada 1,623.5 dan Mac 2025 merudum 8.5 mata kepada 1,602.5.

Jumlah dagangan melonjak kepada 88,506 lot daripada 31,631 lot pada Jumaat manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 136,730 kontrak daripada 74,284 kontrak sebelumnya.            

Pada 5 petang, FBM KLCI berkurang 7.83 mata kepada 1,610.47 daripada paras penutup 1,618.30 pada Jumaat lepas.

-- BERNAMA