BERITA TERKINI   Kerajaan setuju bayar RM200 sehektar sebagai pendahuluan Bantuan Khas Insentif Pembajakan, manfaatkan hampir 240,000 pesawah - PM Anwar | MARA Corp sasar kurangkan kerugian terkumpul kepada RM49.7 juta menjelang akhir 2026, capai prestasi keuntungan terkumpul menjelang akhir 2027 - Ketua Pengarah | MARA sasar jana nilai melalui pelaburan bersasar, berimpak tinggi berjumlah RM2.2 bilion menjelang 2030, meliputi inisiatif kredit karbon dan pembangunan hartanah bernilai tinggi - Ketua Pengarah | Kadar sewa premis semua agensi kerajaan Persekutuan seperti MARA dan UDA dikurangkan, bantu peniaga kecil - PM Anwar | Cuaca panas: TUDM, Bomba diarah tingkat aktiviti pembenihan awan di utara Semenanjung bagi atasi kesukaran dihadapi petani - PM Anwar | 

Malaysia Aviation Group Sertai CEO Action Network Perkasa Perniagaan Mampan

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group Bhd (MAG) menyertai  CEO Action Network (CAN), gabungan lebih 70 pemimpin yang komited terhadap advokasi kemampanan, pembinaan kapasiti dan kemajuan yang boleh diukur.

Dalam satu kenyataan, syarikat induk Malaysia Airlines itu berkata CAN berusaha memperkasakan ahlinya dalam membentuk model perniagaan yang bersedia untuk masa hadapan dengan strategi persekitaran, sosial dan tadbir urus (ESG) bersepadu.

Ia didorong oleh aliran kerja CAN, kumpulan kerja berdedikasi dan kerjasama ahli yang aktif.

“Sebagai sebahagian daripada penglibatannya, MAG akan secara aktif menyumbang kepada aliran kerja Diversity Equity Inclusion (DEI).

“Inisiatif ini akan melibatkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk rakan kongsi rantaian bekalan, pengawal selia dan penggubal dasar, kerajaan, serta rakan merentasi pelbagai sektor untuk menjalin kerjasama yang komited terhadap amalan perniagaan yang bertanggungjawab dan pembangunan mampan,” katanya.

Pengarah Urusan Kumpulan Datuk Kapten Izham Ismail berkata penyertaan dalam aliran kerja DEI CAN melengkapkan misi meluas MAG untuk memperkasakan perwakilan wanita dalam tenaga kerja dan sektor penerbangan.

“Kami berbesar hati untuk mencapai kemajuan besar dalam aspek ini, apabila melepasi sasaran 35 peratus keseluruhan penyertaan wanita dalam tenaga kerja kami setakat ini, dengan 50 peratus dalam jawatan pengurusan kanan,” katanya.

Sebagai sebahagian daripada komitmen ini, kumpulan akan terus memantau dan melaporkan kemajuan inisiatif utama yang sedang dilaksanakan melalui laporan kemampanan tahunannya.

-- BERNAMA