BERITA TERKINI    Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus | Malaysia komited mendukung pendekatan terbuka ASEAN yang berteraskan kepercayaan, keterangkuman dan manfaat bersama - Mohamad Hasan | Penyertaan Algeria dan Uruguay ke dalam TAC jadi pemangkin kerjasama lebih erat antara ASEAN dan kedua-dua rantau berkenaan - Mohamad Hasan  | Algeria dan Uruguay secara rasmi sertai TAC pada AMM ke-58 di Kuala Lumpur | Kadar siling dan lantai koridor OPR juga dikurangkan masing-masing kepada 3 peratus dan 2.5 peratus - BNM | Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia mengurangkan Kadar Dasar Semalaman sebanyak 25 mata asas kepada 2.75 peratus |

Pasaran Getah Ditutup Tinggi, Jejaki Pasaran Niaga Hadapan Serantau

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup lebih tinggi pada Selasa, seiring dengan momentum meningkat dalam niaga hadapan getah serantau serta ringgit yang menyusut berbanding dolar AS, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut meningkat berikutan kebimbangan terhadap stok getah asli global dan prospek permintaan getah asli yang lebih cerah seperti dilaporkan oleh Persatuan Negara Pengeluar Getah Asli (ANRPC).

"Bagaimanapun, peningkatan selanjutnya dikekang oleh penurunan kadar faedah Amerika Syarikat yang tidak menentu dalam keadaan ketegangan geopolitik yang berterusan di Timur Tengah.

“ANRPC melaporkan bahawa permintaan getah asli global meningkat 1.4 peratus kepada 11.3 juta tan dalam tempoh sembilan bulan pertama 2024 manakala pengeluaran getah asli global menokok 3.2 peratus kepada 9.9 juta tan,” katanya kepada Bernama.

 Beliau berkata selain itu pasaran getah asli dijangka mengalami bekalan yang terhad berikutan gangguan pengeluaran akibat taufan Yagi dan banjir yang menjejaskan banyak tempat di wilayah pengeluar getah asli di China, Thailand dan Vietnam.

Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Getah Mutu Malaysia 20 (GMM 20) naik 15.0 sen kepada 867.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal menambah 1.0 sen kepada 754.00 sen sekilogram.

Pada 5 petang, GMM 20 berada pada 867.00 sen sekilogram manakala susu getah pukal pada 753.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA