BERITA TERKINI   STAM 2025: 2,816 calon berjaya lepasi syarat kelayakan untuk dianugerahkan STAM - KPM | Johor tetapkan kadar zakat fitrah tahun ini kepada tiga kategori, RM8, RM10 dan RM20 - Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor | Nilai transaksi perbelanjaan SARA di pasaran tempatan mencecah RM4.8 bilion - Amir Hamzah | Sebanyak RM150 juta baki peruntukan bantuan Program SARA (MyKasih) tidak dibelanjakan penerima sehingga 31 Dis 2025 - Amir Hamzah | Seorang lelaki maut dan tujuh lagi cedera dalam kemalangan di KM 433 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Rawang awal pagi tadi - Bomba Selangor | 

Ringgit Ditutup Lebih Tinggi Dengan Sentimen Positif Pada Belanjawan

KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan sentimen pasaran yang positif selepas pembentangan belanjawan negara, menurut seorang penganalisis.

Pada 6 petang, mata wang tempatan itu meningkat kepada 4.3045/3075 berbanding dolar US daripada 4.3075 /3105 yang dicatatkan semalam.

Penganalisis itu menyatakan belanjawan, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, memperkenalkan inisiatif utama yang bertujuan untuk memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi serta menggalakkan tanggungjawab fiskal.

Pada penutup, ringgit kebanyakannya lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia naik berbanding euro kepada 4.6674/6706 daripada 4.6771/6803 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.8708/8730 daripada 2.8790/8812 semalam.

Sementara itu, ia susut berbanding pound British kepada 5.6109/6148 daripada 5.5967/6006.

Ringgit juga diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang ASEAN.

Mata wang itu menambah nilai berbanding baht Thailand kepada 12.9579/9916 daripada 12.9619/9776.

Ia melemah berbanding dolar Singapura kepada 3.2791/2817 daripada 3.2782/2807, turun berbanding peso Filipina kepada 7.48/7.49 daripada 7.44/7.46, dan merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 278.0/278.3 daripada 277.7/278.1 sebelumnya.

-- BERNAMA