BERITA TERKINI   Penerbitan bon lestari dijangka meningkat susulan pertumbuhan pesat pusat data – Moody’s Ratings | Peralihan MyBorderPass dan MyDigitalID kepada sistem MyNIISe akan diperluas secara berperingkat di pintu masuk negara bermula tahun ini - Saifuddin Nasution | Pendaftaran murid Tahun 1 bagi sesi 2027 dilaksana secara dalam talian bermula 15 Feb hingga 31 Mac - KP Pendidikan | Pimpinan tinggi agensi penguatkuasaan diberi tempoh seminggu nyata kesediaan pikul amanah atau tukar ke jawatan lain - PM Anwar | PM Anwar beri amaran keras kepada pihak berkuasa, kesal masih wujud kelemahan tatakelola dalam negara | 

Tahap Kadar Hutang Berasaskan Nilai Pasaran Khazanah Kekal Pada 30-35 Peratus - Moody's Ratings

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) -- Moody’s Ratings menjangkakan tahap kadar hutang berasaskan nilai pasaran Khazanah Nasional Bhd kekal antara 30 peratus dan 35 peratus dalam beberapa tahun akan datang.

Khazanah yang menggunakan pendekatan pelaburan aktif sejak 2004 telah meningkatkan nilai aset bersih portfolionya pada kadar pertumbuhan tahunan kompaun sekitar lima peratus, kata agensi penarafan itu.

"Pertumbuhan ini dicapai di samping mengekalkan dasar kewangan yang berhemat, termasuk sasaran tahap kadar hutang awam," kata Moody's Ratings dalam satu nota hari ini.

Agensi itu juga menekankan kekuatan kredit 11 syarikat pemegangan pelaburan milik kerajaan yang dinilai, termasuk Khazanah, secara kolektif menguasai hampir US$2 trilion aset di seluruh dunia pada 2023, secara amnya mencerminkan kebolehpercayaan kredit oleh kerajaan.

Moody’s Ratings juga berkata sekurang-kurangnya separuh daripada portfolio Dana Pelaburan Awam Khazanah dan Arab Saudi terdiri daripada pelaburan tersenarai awam.

-- BERNAMA