BERITA TERKINI   Lebih 59,000 bekas pelajar tajaan JPA yang tamat pengajian pada atau sebelum 31 Dis 2024 layak memohon Opsyen PBU Akademik Fasa Kedua - JPA | JPA buka permohonan Opsyen Pinjaman Boleh Ubah Berasaskan Merit Akademik (PBU Akademik) Fasa Kedua mulai 1 Julai | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) diniagakan lebih rendah dalam sesi dagangan awal hari ini, menjejaki pasaran tunai pendasar. 

Pada 9.16 pagi, kontrak Oktober 2024 dan Mac 2025 masing-masing rendah 7.0 mata kepada 1,634.50 dan 1,630.50, November 2024 berkurangan 8.0 mata kepada 1,637.50, dan kontrak Disember 2024 susut 8.5 mata kepada 1,641.00.

Jumlah dagangan sebanyak 1,329 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 43,014 kontrak.

FBM KLCI susut 3.84 mata kepada 1,638.13 daripada 1,641.97 semasa ditutup pada Selasa selepas 35 minit dagangan.

-- BERNAMA